Permulaan usrah, ana mulakan dengan kupasan Surah Hud ayat 112 dengan adik usrah, 112. Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Rasulullah SAW apabila mendapat wahyu ayat ini, sampai beruban rambut Baginda kerana betapa beratnya suruhan ayat ini iaitu; ISTIQOMAH ! Istiqomah bermaksud kita melakukan sesuatu secara berterusan. Adakah istiqomah susah? Ya, sangat susah. Sebab iman kita ni yazid wa yankus, turun dan naik. Bila iman tengah tinggi, MasyaAllah, semua solat sunat kita nak buat. Solat fardhu pun tertunggu-tunggu azan di tikar sejadah. Time iman tinggi lah, kita rasa rajin nak ke surau solat berjemaah. 50 meter surau dari rumah rasa macam sebelah rumah je, tapi ...